Buku “Kajian Wacana dan Strategi
Komunikasi: Teori dan Aplikasi” ini merupakan salah satu buku yang terbaik yang
mengandungi teori serta diaplikasikan dalam bentuk penyelidikan. Penyelidikan
ini meliputi beberapa bahagian iaitu kajian lirik lagu, cerita, interaksi,
ujaran serta perbualan. Buku ini juga mengandungi dua bahagian iaitu kajian
wacana dan strategi komunikasi. Kedua-dua bahagian sangat berkait rapat antara
satu sama lain. Hal ini kerana melibatkan komunikasi ujaran, interaksi, teks
dan tulisan. Dalam bab 1, mengandungi beberapa perkara iaitu pengenalan tentang
kajian wacana iaitu definisi dan konsep wacana. Perkara ini memberi peranan dan
rujukan yang sangat berguna tentang apa itu wacana. Dalam bab 2 pula, menjelaskan
tentang teori dan pendekatan wacana. Oleh itu, kita dapat lihat beberapa teori
dan pendekatan wacana yang dibincangkan iaitu analisis wacana serta wacana
kritis.
Di samping itu, dalam bab 3, kita
dapat menganalisis tiga kajian wacana yang berbeza. Wacana ini berkaitan dengan
wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan wacana ujaran
dalam kalangan anak-anak. Setiap kajian yang telah dianalisis dengan
menggunakan teori dan pendekatan mengenai analisis wacana aklan diperkenalkan
dalam buku “Kajian Wacan dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi. Justeru,
bab 4 pula, mengandungi beberapa perkara iaitu pengenalan tentang strategi
komunikasi dalam kehidupan. Pengenalan ini merangkumi beberapa kajian iaitu
tentang strategi komunikasi yang juga berkaitan dengan ujaran serta interaksi.
Hal tersebut akan menggunakan strategi komunikasi sebagai salah satu rujukan.
Manakala bab 5 pula, akan membincangkan beberapa taksomi dan pendekatan
strategi komunikasi. Taksomi ini mempunyai senarai dan pendekatan serta huraian
bagi setiap satu dipaparkan. Bab 6 mempunyai kajian strategi komunikasi dalam
kalangan anak-anak. Interaksi dan ujaran anak-anak dianalisis menggunakan taksomi
strategi komunikasi. Akhir sekali bab 7 akan menerangkan tentang cadangan
kajian mengenai kajian wacana dan stratgei komunikasi. Implikasi penggunaan buku
ini terhadap saya ialah saya dapat memahami setiap bab dengan jayanya dan
menjadikan ia sebagai rujukan terbaik.
RUJUKAN
Normaliza
Abd Rahim. (2014). Wacana Bahasa. Terengganu: Penerbit UMT
Normaliza
Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan
Aplikasi.
Terengganu: Penerbit UMT
HARGA
BUKU : RM20.00
No comments:
Post a Comment