Nuffnang Ads

Friday, December 13, 2019

BBM3410satu2019: Ketika dan Kalimat


Bagi semester yang terakhir selama 14minggu,saya telah mengambil kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa yang diajari oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim. Beliau seorang yang sangat mementingkan masa dan mengajar saya apa itu maksud keredhaan. Minggu pertama menghadiri kelas beliau saya sudah memahami apa itu maksud redha dan saya juga menerima banyak tugasan walaupun minggu pertama. Begitu juga dengan minggu minggu yang lain, setiap minggu hampir 3 dan 4 jenis tugasan telah diberikan. Tetapi demi mendapat A bagi kursus ini saya redha dan ikutkan saja apa yang beliau mahu ❤️

Kursus ini berubah menjadi seronok apabila saya harus membina satu kumpulan seramai 11 orang untuk tugasan video yang perlu diupload di Youtube. Maka kumpulan saya diberi nama 'Drose Production' yang melambangkan 11 orang perempuan. Alhamdulillah semua ahli saya memberikan komitmen yang terbaik. Aisyah, elyani, elyana, aliyatul, zalinah, latiffah, amirah, athirah, zulfatul dan azmimi. Mereka lah orang orang yang akan menyumbang A kepada kursus ini juga. Terima kasih drose ❤️

Keredhaan itu lama lama menjadi seronok dan saya enjoy membuat setiap tugasan yang diberikan. Shooting, berlakon, menyanyi, dan sebagainya telah menghias perjalanan saya sebagai seorang pelajar yang mengambil kursus multimedia dalam bahasa ini. Terima kasih prof untuk segala-galanya. Prof selalu dalam ingatakan saya ❤️











No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Calendar Is Done

Ini merupakan kalendar tahun 2020 ku. Untuk menyiapkan kalendar ini telah mengambil masa hampir 3 minggu. Inilah hasil menggunakan adobe ph...