Nuffnang Ads

Thursday, October 31, 2019

BBM3410SATU2019 - FOTOGRAFI 6 (FLAT LAY INDIVIDU)

Assalammualaikum, alhamdulillah saya berjaya menyiapkan tugasan semasa cuti pertengahan semester dengan mengambil gambar flat lay makanan. Oleh itu, saya telah mengambil 11 jenis gambar makanan. Setiap jenis makanan telah di ambil dengan 4 gaya sudut yang berlainan. Oleh itu, ingin mengetahui bagaimana gaya flat lay diambil dan apakah makanan yang menjadi pilihan? Mari tonton dan jangan lupa tekan '👍'. Terima kasih ❤️

https://youtu.be/GR85i3bx54s





https://www.youtube.com/watch?v=GR85i3bx54s

Saturday, October 19, 2019

BBM3410SATU2019 : instagramminggu6satudandua



Untuk tugasan minggu 5 punya, posing untuk di youtube sampai terbawak bawak bila bergambar. Nak bergambar je badan automatik posing. Terima kasih prof, ilmu dapat, gaya posing pun dapat.

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#minggu6instagramdua
#14Oktober2019
#nakbelajarposingbolehwhatsapptepi



Sejambak bunga ini bukan untuk memenangi hati awak tetapi untuk memenangi hati prof yang hanya berbaki 7 minggu lagi. Prof bunga ini hanya untuk prof 🌺

#ProfDrN2019Satu
#BBM3410Satu2019
#minggu6instagramsatu
#14Oktober2019
#sejambakbungauntukbulankelahiranproftersayang🌹

Wednesday, October 9, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di dalam Kelas bahasa


Dalam bab 6, saya dapat membuat ulasan secara keseluruhannya bahawa blog banyak memberi faedah kepada semua masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Blog juga boleh ditulis dalam bentuk formal ataupun tidak formal. Tambahan pula, blog boleh dijadikan sebagai medium mempromosikan iklan, sebagai rangkaian komunikasi, berkongsi tentang sesuatu pengalaman atau kenangan dan sebagainya. Menulis blog boleh menjadi terkenal disebabkan ia privasi dan dalam masa yang sama penulis dapat meluahkan idea mereka dengan cara yang unik. Ruzy Saliza Hashim (2007) telah membuat analisis terhadap blog yang ditulis oleh dua orang wanita di Malaysia. Keputusan menunjukkan kedua-dua wanita tersebut menulis dengan begitu hebat menggunakan ayat-ayat yang sangat baik walaupun tidak menonjolkan kelebihan mereka di alam maya. Ini kerana wanita malu untuk menonjolkannya maka dia menonjolkan diri melalui penulisan yang dibuat di dalam blog.  

Pada fahaman saya, responden lebih suka menulis cerpen yang pendek dalam blog. Responden turut menyatakan bahawa menulis cerpen pendek membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa dengan betul. Pembaca juga lebih memilih untuk membaca cerpen yang pendek di dalam blog berbending cerpen yang panjang lebar. Selain itu, responden turut menyatakan bahawa mereka tertanya-tanya akan dunia yang berbeza dan mereka mampu berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Ini menunjukkan imaginasi responden seperti yang ditulis dalam blog mampu meningkatkan motivasi mereka dan tahap keyakinan di dalam penulisan.

Graf blog dalam pembelajaran bahasa pula menyatakan bahawa responden sangat berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog. Responden juga menyatakan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan perasaan hari ke hari. Kebanyakkan responden lelaki tidak peduli untuk membaca tentang apa yang diluahkan oleh rakannya di blog kerana mereka lebih suka beraktiviti di luar seperti bermain bola sepak dan sebagainya. 

Maka, menulis blog membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis dan juga mamksimakan aktiviti penulisan pelajar serta menggalakkan pelajar dalam proses pembelajaran. Oleh itu, bak kata pepatah “ucapkanlah dan tuliskanlah yang baik baik dan insyaallah yang baik itu akan bergolek kembali kepada kita”

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Dalam dunia ini, semua bernasib baik. Dilahirkan dengan mempunyai keluarga yang sangat menyayangi antara satu sama lain, begitulah saya yang sentiasa bersyukur mempunyai sebuah keluarga. Keluargaku mempunyai 10 ahli iaitu abah, mak, kakak, abang, kakak ipar, seorang anak buah, saya dan 3 orang adik lelaki. Apabila berkumpul mereka sangat riuh rendah dengan pelbagai telatah yang mengusik jiwa. 

Hariku tidak lengkap tanpa mereka. Seolah-olah ada yang terkurang. Maka untuk meraikan sesuatu peristiwa semua ahli keluargaku harus ada bersama. Setiap ujian pahit dan manis kita lalui bersama dan tidak putus asa. Di setiap kesusahan ada mereka sentiasa membantu. Saya syukur dengan anugerah keluarga yang diberikan. Keluarga kecilku ini ialah semangat hidupku. 

Kini, semua sudah sibuk dengan kerjaya dan sibuk mengejar masa depan, Kami jarang dapat berkumpul bersama-sama melainkan Hari Raya Aidilfitri. Apabila berkumpul, ada saja ahli keluarga yang tiada kerana tidak dapat berkumpul bersama. Tapi tak mengapa, itulah kehidupan sebenarnya. Kehidupan yang tidak menjaminkan selalunya bersama tetapi insyaallah selalu di dalam hati dan bisikan doa. 

                                                                           

Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: Bird's eye view (D'Rose Production)

Bird's eye view

Sekali-sekala membawa diri tenang dan berehat di tempat yang cantik tidak salah. Mungkin ini sebahagian daripada cara kita menghargai diri kita yang sudah bekerja kuat. 

Kereta akan kelihatan sangat teratur apabila parking di tempat yang disediakan, cuma yang membezakannya ialah sama ada kereta itu di parking secara mengundur ataupun biasa.

Kuala Lumpur yang tidak pernah tidur. siang dan malam orang sibuk bekerja sehingga malam tiada sunyi. Masih kedengaran bunyi kenderaan, cahaya yang terang serta lampu yang berwarna warni. Itulah Kuala Lumpur. 

BBM3410Satu2019: Over the shoulder (D'Rose Production)


Over the shoulder 

Mengambil gambar menggunakan ukuran bahu bukan mudah. Mungkin gambar ini diambil sebanyak 88 kali untuk menghasilkan sebuah gambar yang menarik.

Sangat gigih rakan-rakanku sehingga merendah segala keperitan matahari demi sekeping gambar yang cantik. Jangan lupa pakai sunscreen ya!

Gambar itu akan menjadi lebih cantik apabila kita saling bekerjasama antara satu sama lain.

BBM3410Satu2019: Mug shot (D'Rose Production)

Mug shot (3 manusia - 3 emosi)
Siapa je takpernah buat muka sedih. Mimik muka sedih paling ramai orang berjaya buat. Yelah, perempuan dengan sedih, menangis berpisah tiada. Sebab hati perempuan kan hati tisu.

Muka marah merupakan ekpresi muka yang paling orang tahu. Walapun marah tapi tidak diberitahu, kita boleh mengetahui dengan ekpresi muka yang ditunjukkan. Oleh itu, kalau marah bawak-bawaklah tidur.

Manusia kalau gembira automatik mukanya menjadi berseri luar dalam. Maka jadilah seorang manusia yang ceria, gembira dan positif selalu. 

BBM3410Satu2019: Medium shot (D'Rose Production)

Medium shot (3 manusia)

Ini perkara biasa, perempuan dengan cermin berpisah tiada. Kalau boleh cermin itu akan diusung merata-rata tempat janji muka, tudung, makeup sentiasa on the point.

Perempuan di mana saja boleh berswafoto janji tempat lawa dan ada kawan yang menyokong. Tidak hairanlah mengapa sehari keluar perempuan boleh mengambil beratus gambar pada satu hari sahaja.

Anak Kedah merindui kampung halamannya, tidak dapat pulang ke kampung takpelah janji jumpa lalang ala ala padi, kita ambil saja gambar untuk melepaskan rindu.


Medium shot (3 permandangan dan manusia)
Untung ada kembar, ke mana saja pergi dia sanggup menemani. Di saat tiada orang di sisi, si kembar juga yang datang memeluk diri ini. Terima kasih kembarku.

Sanggup meminta untuk meminjam payung demi sekeping gambar ditepi tasik. Apabila sudah leka mengambil gambar, panas tidak terasa lagi malah tidak mahu berhenti.


Lalang berwarna putih cantik sekali apabila bergambar bersama tiba-tiba tengok pada seluar terbawa balik kemuncup sekali.

BBM3410Satu2019: Long Shot (D'Rose Production)

Long shot (3 permandangan)
Jalan yang lurus itu disuluh terang oleh manusia kenapa jalan yang serong juga anda pilih?

Indahnya ciptaan-Mu membuatkan aku tergamam melihat setiap sudut rahmat dan nikmat dunia ini. Terima kasih dan alhamdulillah.

Nikmat manakah yang hendak anda dustakan? Maka bersyukurlah setiap apa yang anda miliki.

Long shot (3 permandangan dan manusia)

Jarang kita dengar mahupun melihat orang yang tidak berteman. Oleh itu, binalah ukhuwah, eratkan persahabatan dan saling berkasih sayang.

Hijau yang mewarnai alam semesta membawa seribu ketenangan apabila dipandang.


Peganglah erat tanganku wahai sahabat, andai aku jatuh atau tersasul tariklah aku kembali bersama-sama ke jalan yang benar.

BBM3410Satu2019: Closed - Up (D'Rose Production)

Closed-up (3manusia)


Untuk mengambil gambar closed-up manusia bukan mudah seperti ABC, kita haruslah mementingkan sudut muka dan posisi badan yang tepat untuk menghasilkan gambar yang berkualiti.

Baring tak semestinya di atas katil yang empuk sahaja, malah kita boleh cuba untuk baring di atas jalan tar. 

Keindahan warna payung itu mengambarkan keindahan di jiwa manusia yang terdapat pada gambar ini. 

Closed-up ( 3 bukan manusia)


Closed-up gambar yang bukan manusia memang mudah. Cuba bayangkan kalau dia boleh bercakap? Pasti dia menyuruh mengambil gambarnya dengan cantik tanpa sebarang cela.


Air hujan yang membasahi bumi memberi nikmat kepada tumbuh-tumbuhan dan dunia menjadi sejuk seketika.

Bunga yang membawa erta kebahagiaan apabila dihadiahkan kepada orang yang tersayang. Maka kalau sayangi seseorang berilah bunga. 

BBM3410Satu2019: Calendar Is Done

Ini merupakan kalendar tahun 2020 ku. Untuk menyiapkan kalendar ini telah mengambil masa hampir 3 minggu. Inilah hasil menggunakan adobe ph...