Nuffnang Ads

Thursday, October 3, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Dalam dunia ini, semua bernasib baik. Dilahirkan dengan mempunyai keluarga yang sangat menyayangi antara satu sama lain, begitulah saya yang sentiasa bersyukur mempunyai sebuah keluarga. Keluargaku mempunyai 10 ahli iaitu abah, mak, kakak, abang, kakak ipar, seorang anak buah, saya dan 3 orang adik lelaki. Apabila berkumpul mereka sangat riuh rendah dengan pelbagai telatah yang mengusik jiwa. 

Hariku tidak lengkap tanpa mereka. Seolah-olah ada yang terkurang. Maka untuk meraikan sesuatu peristiwa semua ahli keluargaku harus ada bersama. Setiap ujian pahit dan manis kita lalui bersama dan tidak putus asa. Di setiap kesusahan ada mereka sentiasa membantu. Saya syukur dengan anugerah keluarga yang diberikan. Keluarga kecilku ini ialah semangat hidupku. 

Kini, semua sudah sibuk dengan kerjaya dan sibuk mengejar masa depan, Kami jarang dapat berkumpul bersama-sama melainkan Hari Raya Aidilfitri. Apabila berkumpul, ada saja ahli keluarga yang tiada kerana tidak dapat berkumpul bersama. Tapi tak mengapa, itulah kehidupan sebenarnya. Kehidupan yang tidak menjaminkan selalunya bersama tetapi insyaallah selalu di dalam hati dan bisikan doa. 

                                                                           

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Calendar Is Done

Ini merupakan kalendar tahun 2020 ku. Untuk menyiapkan kalendar ini telah mengambil masa hampir 3 minggu. Inilah hasil menggunakan adobe ph...