Nuffnang Ads

Wednesday, October 9, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog di dalam Kelas bahasa


Dalam bab 6, saya dapat membuat ulasan secara keseluruhannya bahawa blog banyak memberi faedah kepada semua masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Blog juga boleh ditulis dalam bentuk formal ataupun tidak formal. Tambahan pula, blog boleh dijadikan sebagai medium mempromosikan iklan, sebagai rangkaian komunikasi, berkongsi tentang sesuatu pengalaman atau kenangan dan sebagainya. Menulis blog boleh menjadi terkenal disebabkan ia privasi dan dalam masa yang sama penulis dapat meluahkan idea mereka dengan cara yang unik. Ruzy Saliza Hashim (2007) telah membuat analisis terhadap blog yang ditulis oleh dua orang wanita di Malaysia. Keputusan menunjukkan kedua-dua wanita tersebut menulis dengan begitu hebat menggunakan ayat-ayat yang sangat baik walaupun tidak menonjolkan kelebihan mereka di alam maya. Ini kerana wanita malu untuk menonjolkannya maka dia menonjolkan diri melalui penulisan yang dibuat di dalam blog.  

Pada fahaman saya, responden lebih suka menulis cerpen yang pendek dalam blog. Responden turut menyatakan bahawa menulis cerpen pendek membolehkan mereka berlatih menggunakan bahasa dengan betul. Pembaca juga lebih memilih untuk membaca cerpen yang pendek di dalam blog berbending cerpen yang panjang lebar. Selain itu, responden turut menyatakan bahawa mereka tertanya-tanya akan dunia yang berbeza dan mereka mampu berimaginasi tentang apa yang mereka tulis. Ini menunjukkan imaginasi responden seperti yang ditulis dalam blog mampu meningkatkan motivasi mereka dan tahap keyakinan di dalam penulisan.

Graf blog dalam pembelajaran bahasa pula menyatakan bahawa responden sangat berminat untuk meluahkan perasaan melalui blog. Responden juga menyatakan bahawa mereka menggunakan blog untuk menulis secara peribadi di samping untuk meluahkan perasaan hari ke hari. Kebanyakkan responden lelaki tidak peduli untuk membaca tentang apa yang diluahkan oleh rakannya di blog kerana mereka lebih suka beraktiviti di luar seperti bermain bola sepak dan sebagainya. 

Maka, menulis blog membantu mereka untuk meningkatkan keyakinan dalam menulis dan juga mamksimakan aktiviti penulisan pelajar serta menggalakkan pelajar dalam proses pembelajaran. Oleh itu, bak kata pepatah “ucapkanlah dan tuliskanlah yang baik baik dan insyaallah yang baik itu akan bergolek kembali kepada kita”

No comments:

Post a Comment

BBM3410Satu2019: Calendar Is Done

Ini merupakan kalendar tahun 2020 ku. Untuk menyiapkan kalendar ini telah mengambil masa hampir 3 minggu. Inilah hasil menggunakan adobe ph...