Nuffnang Ads

Thursday, September 26, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini



Kenangan Yang Tidak Mampu Diulang Kembali.

Kenangan yang paling tidak dapat dilupakan ialah kenangan bersama rakan kumpulan untuk mengendalikan satu program bersama orang asli di Cameron Highland selama 3 hari 2 malam. Program tersebut diadakan di sebuah yang dinamakan Kampung Raning Cameron Highland. Tempat tersebut sangat cantik dan bersih dan alam sekitar semulajadi terpancar menebusi hati dan pandangan setiap orang yang memandangnya. Setiap orang yang menjejakkan kaki di perkampungan itu pasti jatuh cinta dengan persekitarannya. Setiap kumpulan akan diberikan sebuah rumah yang sangat cantik dan sepenuhnya daripada buluh. Walaupun tiada perabot tetapi rumah tersebut sangat cantik dan sejuk tanpa kipas. Saya sangat teruja dan mengambil sebanyak 315 keping gambar semasa berada di sana.

Saya dan rakan-rakan yang lain telah mengadakan beberapa aktiviti iaitu memasak di dalam hutan, mendaki bukit, mengadakan aktiviti sukaneka kepada anak orang asli, aktiviti kebersihan dan membuat free market seperti memberi pakaian terpakai, permainan terpakai, buku, alat mandian, kasut terpakai dan makanan. Antara aktiviti yang telah dijalankan memberikan inspirasi bahawa hidup ini akan lebih bahagia apabila kita hidup dalam keadaan sederhana dan tidak membazir. Perkara yang dilakukan ini juga memerlukan kesabaran dan keyakinan yang tinggi dalam melaksanakan setiap tugasan yang telah diamanahkan.

Tiba masanya saat pertandingan memasak di dalam hutan, kumpulan saya merupakan kumpulan yang membuat cucur ikan bilis yang paling sedap dan habis dulu. Saya sangat teruja apabila kami semua mampu masak dan berdikari di dalam hutan dengan serba kekurangan bahan untuk menghasilkan makanan. menghidupkan api, mengipas api dan beberapa cabaran yang lain menjadi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan hingga ke hari ini.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar dan kami semua berasa sangat seronok. Dengan adanya program tersebut juga, ukhuwah antara kami terjalin dengan erat sekali. Kami saling prihatin dan mengingati antara satu sama lain semasa berada di dalam hutan yang tebal itu. Kenangan ni juga akan menjadi kenangan yang paling terindah semasa saya berada di UPM dan tidak boleh dapat di mana-mana. Terima kasih kumpulanku! (Aisyah, Amira, Hafizah, Atikah, Suziela, Elyana, Elyani, Athirah)

Sunday, September 22, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Berdasarkan cerita sosial 1 yang bertajuk Nenek dan Datuk, Alim merupakan anak seorang pasangan yang tinggal di bandar. Kepulangan Alim bersama keluarga ke kampung memberikan sejuta kebahagiaan kepada Alim. Setibanya Alim di kampung, Alim menjadi sedih, marah dan menangis kerana pelbagai perkara telah berubah seperti reban ayam dan keadaan rumah nenek dan datuk. Tanpa membiarkan Alim terus bermain dengan perasaannya, nenek berterus terang dan menceritakan sebalik perubahan yang berlaku di kampung. (71 patah perkataan). 

Normaliza Abd Rahim, (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Terengganu: Penerbit UMT

Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial tersebut ialah :

1. Multimedia Interaktif
Multimedia ini pengguna dapat mengontrol secara penuh menegnai apa dan bila elemen multimedia akan ditampilkan atau dikirimkan. Contohnya cerita sosial Nenak dan Datuk boleh dimainkan di dalam CD atau dijadikan sebuah filem. 

2. Hypermedia
Multimedia ini merupakan dokumen yang terdiri daripada teks antaranya. Contohnya cerita sosial Nenek dan Datuk boleh dijadikan sebagai pembelajaran yang menggunakan tautan pada sebuah web.

3. Media Interaktif
Multimedia ini merupakan sistem pengiriman pembelajaran yang dirakam. Contohnya  audio yang memainkan jalan cerita sosial tersebut.  


BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog. Tugas Individu

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019) telah menyenaraikan 10 etika ketika penulisan blog. Antaranya ialah :

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca.
Tajuk yang digunakan dalam menghasilkan sebuah blog merupakan salah satu daya tarikan untuk menarik pembaca mengunjungi blog penulis. Oleh itu, tajuk memainkan peranan yang utama dalam menghasilkan sebuah blog yang menarik. Jika tajuk yang dihasilkan sangat menarik maka ramai pembaca akan mengunjungi blog penulis sebaliknya jika tajuk tidak menarik pembaca akan berasa  malas untuk membaca lalu akan mengabaikannya sahaja. 

2. Cerita menarik yang dapat menarik hati pembaca.
Jalan cerita yang dihasilkan haruslah unik dan lain daripada yang lain. Jalan cerita tidak haruslah terlalu cliche dan ringkas sahaja. Tidak perlu menulis terlalu banyak tanpa tujuan utama dan jalan cerita yang panjang lebar. Pembaca suka kepada cerita yang ringkas tetapi mempunyai banyak impak moral yang ingin disampaikan. Cerita yang menarik juga akan membuatkan pembaca berulang kali mengunjungi blog penulis. 

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik. 
Dalam menghasilkan blog, humor merupakan sikap yang perlu ada oleh penulis untuk membangkitkan rasa gembira dan gelak tawa pembaca ketika mengunjungi blog. Penulisan blog yang mempunyai jenaka akan membuat pembaca lebih tertarik untuk membaca dan mengunjungi blog penulis selalu. Oleh itu, penulis haruslah mencuit hati pembaca dengan menulis sesuatu yang menarik yang mengandungi jenaka. 

4. Memastikan terdapat hujah terbaik untuk menghuraikan penulisan anda. 
Setiap penulisan blog haruslah mempunyai hujah-hujah yang ingin disampaikan kepada pembaca sama ada berbentuk tersirat mahupun tersurat. Hujah-hujah tersebut haruslah mempunyai tujuan utama untuk memberi inspirasi kepada pembaca selepas membaca blog. Hujah haruslah bernas, logik, ilmiah serta tidak berbelit dan panjang lebar. Oleh itu, hujah haruslah difahamkan dengan bahasa, gaya dan pendekatan yang benar.

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini. 
Penulisan di blog haruslah dikaitkan dengan berita semasa agar dapat menarik pembaca untuk membaca blog penulis. Untuk zaman teknologi yang serba canggih ini semua berada di hujung jari dan apa sahaja berita terkini pembaca akan membaca di laman sosial. Jika kita menulis blog dan mengkaitkan dengan berita terkini, secara tidak langsung blog penulis akan keluar bersama berita terkini lalu pembaca akan mengujungi blog tersebut untuk mendapatkan info. 

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas. 
Etika penulisan blog juga sangat mementingkan perkataan dan struktur yang ringkas. Penulis tidak perlu menggunakan ayat yang dramatis dan makna yang terlalu tinggi untuk difahami. Cukup saja penulis menggunakan ayat yang ringkas dan mudah difahami dalam penulisan blog. Hal ini boleh memberi fahaman yang sepenuhnya kepada pembaca apabila membacanya. 

7. Dapat dibaca dan difahami.
Tulisan yang digunakan haruslah dapat dibaca dan difahami oleh pembaca. Penulis tidak sewajarnya menggunakan tulisan atau perkataan dalam bahasa negara luar. Hal ini akan menyebabkan pembaca tidak faham dan malas untuk mencari makna tersebut lalu terus meninggalkan blog daripada terus membaca. Blog yang difahami akan disukai oleh pembaca dan pembaca tidak perlu membaca berulang kali, cukup hanya sekali membacanya dan terus memahami apa yang disampaikan oleh penulis. 

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Blog ini memainkan peranan yang sangat penting antara pembaca dan penulis. Penulis hanya menulis apa yang ingin disampaikan kepada pembaca. Jika pembaca memahaminya secara tidak langsung, penulis dan pembaca dapat berkomunikasi antara satu sama lain dengan perkara yang ingin disampaikan. Oleh itu, komunikasi dalam blog juga boleh diwujudkan jika penulis meyampaikan sesuatu perkara dengan baik kepada pembacanya. 

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Setiap penulisan di blog haruslah memiliki moral dan nilai estetika yang baik kepada pembaca. Ini menunjukkan ciri-ciri blog yang terbaik untuk menarik perhatian pembaca untuk mengunjunginya. Moral dan nilai estetika yang disampaikan haruslah dikaitkan dengan tajuk dan tujuan menulis blog tanpa menyimpang antara satu sama lain. Ini mengelakkan berlakunya ketidakfahaman antara pembaca terhadap penulis. 

10. Berilmu dalam penulisan pendidikan.
Penulisan blog tidak seharusnya menulis untuk perkara-perkara yang sia-sia. Penulis haruslah menghasilkan lebih banyak penulisan yang mengandungi ilmiah dan berpendidikan untuk berkongsi maklumat mahupun memberi pengetahuan baru kepada pembaca. Penulis juga haruslah menulis sumber maklumat yang sahih dari sumber sekunder dan primer. Hal ini mengelakkan daripada berlakunya kekeliruan dan perkara yang tidak sahih. 


Friday, September 20, 2019

BBM3410Satu2019: SAYAFAHAM

Ladu & Lirik : Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

[5] Saya Faham

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

                                                       

BBM 3410Satu2019:DIRI

Nama diberi Nadiah Binti Jamaludin yang dilahirkan pada 28 September 1996 pada 10:58 malam. Saya berasal daripada Perak. Saya mempunyai 6 adik beradik dan saya merupakan anak yang ketiga. Saya mempunyai seorang kakak, seorang abang dan tiga orang adik lelaki. Saya mula menuntut ilmu berumur 5 tahun sehingga tingkatan 5. Selepas SPM saya meneruskan pelajaran dengan mengambil STPM selama setahun setengah dan dapat melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia selama 3 tahun setengah pula untuk mendapatkan segulung ijazah sarjana muda demi masa yang cerah. Sepanjang berjauhan dengan keluarga tersayang, banyak perkara yang saya lalui dengan tabah dan cuba untuk hidup berdikari. Ini merupakan kali pertama saya berjauhan dengan keluarga saya dan hanya mempunyai rakan-rakan sebagai kekuatan selama saya berada di UPM. 


                                                                     

BBM3410Satu2019: Calendar Is Done

Ini merupakan kalendar tahun 2020 ku. Untuk menyiapkan kalendar ini telah mengambil masa hampir 3 minggu. Inilah hasil menggunakan adobe ph...